awak di sana apa khabar? semoga sihat hendaknya di samping keluarga tersayang. saya disini usahlah awak khuatirkan. masih lagi disayangi dan digerami setiap mata yang memandang. ehem!
awak, saya sekarang telah pun menaiktaraf hidup saya kepada seorang loser yang terikat kepada rutin hariannya. 6.30 am bangun, mandi, solat, bersiap, kemudian kerja. pukul 5pm pulang, mandi, solat, makan, online sebentar, kemudian tidur. ianya berulang lagi hari demi hari.
alhamdulillah awak..rezeki anak-anak.. saya telah pun memulakan langkah kemas di sebuah audit firm terunggul di tanah air ini (exaggerate cerita). saya masih ingat lagi, tugasan pertama saya adalah di taman connaught,cheras. masa tu dia punya menggeletar sampai rasa nak menggelupur. sudahlah begitu, tandas di tempat klien pula takda pili, jangan kata air.pili pun tak ada! dah tu kerja gila juga nak suruh saya istinjak dengan tisu.
awak jangan soalkan tentang kesetiaan saya ya? colleagues saya semuanya cina. bermain hati dengan awak adalah lebih thrill pada saya.
awak, pilu juga sebenarnya hati ini bila setiap kali keluar audit naik kereta yang di dalamnya semuanya cina. nak tahu apa yang lebih pilu? nak tahu? ialah apabila dalam kereta dipasangnya radio cina juga. Ya Allah Ya Allah..dugaannya...
ini gambar saya petik semasa melakukan tugasan luar di port klang. ini bukan ofis saya ya.
ini ruang kecil yang disediakan klien untuk kami melakukan kerja.
ya awak, twiggies dan neskepey itu santapan lunch saya, eiii sedihla macam ni.
kejap kejap. srooottttt *hembus hingus*
kejap kejap. srooottttt *hembus hingus*
Ini fail-fail, transaksi-transaksi yang perlu diperiksa..
nampak kemaen huduh lagi lokasi dia, tapi transaksi main juta-juta juga.kemahenn!
oh ya awak, ada satu hari tu, mungkin sebab saya belum adapt dengan perubahan seperti ini (stress sebenarnya), balik dari tugasan luar, naik saja ke ofis terus saya muntah-muntah. bila sampai di rumah, tolak saja pintu slide terus saya baring. kemudian terjadilah aksi-aksi seperti buka kasut sambil berbaring. dan lebih kurang 10minit selepas itu saya menangis di situ juga.kawan-kawan saya panik serta merta. hik3, comel taww saya ni kekadang..
awak, izinkan saya mencoret sedikit rasa dan perhatian di sini. ingin saya nyatakan bahawa jika perkara update-blog-sebulan-sekali ini berterusan, anggaplah kita sudah tiada jodoh atau saya sudah tiada kuasa nak berblog. awak maafkan saya ya kerana mengabaikan awak?
akhir sekali, pecah kaca pecah gelas, sudah baca berani ke nak balas? hik3
yang benar dan menyatakan kebenaran,
-aleen aiden-
-aleen aiden-


